Aktiviti Sepanjang Bulan Ramadhan
Solat Terawih
PELAKSANAAN PROGRAM:
Mengadakan solat sunat tarawih setiap malam di surau Istiqamah , seramai 25-30 secara purata kehadiran ahli jemaah daripada warga flat,murid, ibubapa dan masyarakat setempat. Jamuan moreh disediakan selepas solat tarawih.
OBJEKTIF PROGRAM:
1.Mengimarahkan surau sekolah dengan aktiviti keagamaan pada bulan ramadhan.
2.Memberi peluang kepada guru-guru, untuk menjadi imam dan bilal solat fardhu dan solat sunat tarawih.
Syiar Ramadhan
PELAKSANAAN PROGRAM:
Menyebarkan maklumat mengenai kelebihan berpuasa dan kelebihan beribadat di bulan ramadhan melalui risalah, banner , tazkirah selepas bacaan Yaasin dan kuiz ramadhan.
OBJEKTIF PROGRAM:
1. Memberi peringatan tatacara melaksanakan puasa dengan sempurna serta kelebihan bulan Ramadhan.
2. Menggalakkan murid dan warga sekolah untuk melakukan pelbagai amalan ibadah kepada Allah.
Tadarus Al-Quran
PELAKSANAAN PROGRAM:
Melaksanakan tadarus al-Qur’an setiap hari 30 minit di akhir waktu persekolahan khusus untuk murid tahun 6 secara bergilir mengikut kelas di surau Istiqamah dengan diawasi oleh ustaz dan ustazah .
OBJEKTIF PROGRAM:
1.Membiasakan murid untuk bertadarus di bulan Ramadhan di sekolah atau di rumah.
2.Memberi ruang untuk murid solat zohor berjamaah.
Ceramah Nuzul Al-Quran
PELAKSANAAN PROGRAM:
Mengadakan ceramah berkaitan Nuzul al-Quran di dewan besar sekolah yang melibatkan semua murid dan guru yang agama Islam.
OBJEKTIF PROGRAM:
1.Mendedahkan ilmu pengetahuan mengenai kehebatan dan keagungan al-Qur’an sebagai mukjizat nabi Muhammad .
2.Menceritakan bagaimana proses penurunan al-Qur’an dan kelebihan membaca al-Qur’an.
Program Bersamamu
PELAKSANAAN PROGRAM:
Merupakan acara tahunan di bulan Ramadhan melalui sumbanganderma ikhlas daripada seluruh warga sekolah dan masyarakat setempat untuk diberikan khusus kepada anak yatim dan murid yang kurang kemampuan.
OBJEKTIF PROGRAM:
1.Membantu meringankan beban anak-anak murid yatim dan miskin untuk menyambut hari raya aidil fitri.
2.Menyemai sifat prihatin warga sekolah dan masyarakat setempat kepada anak-anak yatim dan anak-anak yang kurang kemampuan.